Salam ukhwah..
Rasanya eloklah saya perkenalkan diri ini sebagai Ana saja..Di sini ingin ana luahkan isi hati ana sebagai seorang wanita dan isteri.. setelah 3 thn ana berkahwin, ana belum dikurniakan zuriat lagi.. hati ini sayu apabila melihat pasangan lain bergembira menerima perkhabaran tentang kedatangan "ahli baru" dlm kluarga mereka. ana selalu tertanya-tanya di mana silap ana..
Kadang-kadang ana salahkan diri ana..astaghfirullah.. tipis sungguh iman ana.. x kurang juga syaitan memainkan perasaan ana, andai suami ingin kahwin lain jika ana tidak mampu lahirkan zuriat.. tapi syukur,alhamdulillah suami, mak ayah dan sahabat banyak memberi sokongan.. sekarang ini ana masih mengumpul kekuatan untuk meneruskan perjuangan hidup untuk menjadi wanita solehah..
Tapi hati ini kadang-kadang terfikir siapa yang akan mendoakan aku andaikata aku tidak punya zuriat?.. bila ana terfikir soal itu sekali lagi airmata ini jatuh tak tertahan-tahan.. ana selalu rasa sedih, marah dan kecewa melihat bayi dibuang merata-rata,mengapa mereka tidak bersyukur dengan pemberian illahi sedangkan ana bertungkus lumus berusaha untuk mendapatkan zuriat..
Ana dan juga suami telah berjumpa dengan beberapa orang pakar sakit puan untuk membuat pemeriksaan kesuburan dan mendapatkan rawatan bagi membolehkan ana untuk hamil. Alhamdulillah keputusannya ana dan suami tidak mempunyai sebarang masalah. Kami bersyukur sangat kerana antara kami berdua tidak siapa yang mandul..Peluang untuk hamil itu ada..
Kalau ikutkan hati ana ini memang tak sabar nak bergelar ibu. ye la dah hampir 3 tahun lebih kami berkahwin tapi masih belum ada cahayamata sendiri. Ana cukup menderita sekali dengan masalah ini. Rasa malu nak berhadapan dengan orang ramai , terutama dengan orang-orang yang tak memahami akan masalah ini. Apa yang mampu ana lakukan hanyalah bersabar, berusaha dan berdoa agar ana di permudahkan untuk hamil dan melahirkan zuriat yang sihat , baik dan beriman.
Ana benar-benar berharap agar blog ini akan di kunjungi oleh mereka-mereka yang senasib dengan ana dan anda juga berharap agar kita akan dapat berkongsi masalah dan meluahkan apa yang terbuku di hati masing-masing melalui blog ini...
Harap sahabat dapat berkongsi bersama di sini..wallahualam.