Sunday 12 February 2012

Salam Perkenalan

:) 
Salam ukhwah..

Rasanya eloklah saya perkenalkan diri ini sebagai Ana saja..Di sini ingin ana luahkan isi hati ana sebagai seorang wanita dan isteri.. setelah 3 thn ana berkahwin, ana belum dikurniakan zuriat lagi.. hati ini sayu apabila melihat pasangan lain bergembira menerima perkhabaran tentang kedatangan "ahli baru" dlm kluarga mereka. ana selalu tertanya-tanya di mana silap ana..

Kadang-kadang ana salahkan diri ana..astaghfirullah.. tipis sungguh iman ana.. x kurang juga syaitan memainkan perasaan ana, andai suami ingin kahwin lain jika ana tidak mampu lahirkan zuriat.. tapi syukur,alhamdulillah suami, mak ayah dan sahabat banyak memberi sokongan.. sekarang ini ana masih mengumpul kekuatan untuk meneruskan perjuangan hidup untuk menjadi wanita solehah..

Tapi hati ini kadang-kadang terfikir siapa yang akan mendoakan aku andaikata aku tidak punya zuriat?.. bila ana terfikir soal itu sekali lagi airmata ini jatuh tak tertahan-tahan.. ana selalu rasa sedih, marah dan kecewa melihat bayi dibuang merata-rata,mengapa mereka tidak bersyukur dengan pemberian illahi sedangkan ana bertungkus lumus berusaha untuk mendapatkan zuriat..

Ana dan juga suami telah berjumpa dengan beberapa orang pakar sakit puan untuk membuat pemeriksaan kesuburan dan mendapatkan rawatan bagi membolehkan ana untuk hamil. Alhamdulillah keputusannya ana dan suami tidak mempunyai sebarang masalah. Kami bersyukur sangat kerana antara kami berdua tidak siapa yang mandul..Peluang untuk hamil itu ada..

Kalau ikutkan hati ana ini memang tak sabar nak bergelar ibu. ye la dah hampir 3 tahun lebih kami berkahwin tapi masih belum ada cahayamata sendiri. Ana cukup menderita sekali dengan masalah ini. Rasa malu nak berhadapan dengan orang ramai , terutama dengan orang-orang yang tak memahami akan masalah ini. Apa yang mampu ana lakukan hanyalah bersabar, berusaha dan berdoa agar ana di permudahkan untuk hamil dan melahirkan zuriat yang sihat , baik dan beriman.

Ana benar-benar berharap agar blog ini akan di kunjungi oleh mereka-mereka yang senasib dengan ana dan anda juga berharap agar kita akan dapat berkongsi masalah dan meluahkan apa yang terbuku di hati masing-masing melalui blog ini...

Harap sahabat dapat berkongsi bersama di sini..wallahualam.


9 comments:

  1. Salam ana, sabar banyak2 ye.. jgn terlalu bersedih.. kerana setiap perancangan Allah adalah yg terbaik buat kita.. ada ramai dan senasib.. pedulikan kata2 org yg tak memahami.. jgn fikir sgt sbb kalau terlalu memberatkan fikiran takut jd lain pula.. akak doakan agar semoga ana dan suami akan cepat2 memperolehi cahaya mata.. banyakkan berdoa ye.. take care..

    ReplyDelete
  2. Insya-Allah akan ada kebaikan yg Allah akan berikan dari kesabaran menanti. Susurai N3 kakak yg lama Ana akan tahu ada keluarga kakak yg menati berpuluh tahunbaru-baru ini Allah kurniakan aak walau bukan anak sendiri..

    ReplyDelete
  3. Salam Ana..
    Syukran sudi menyinggah ke teratak cma..

    InsyaAllah.. Allah itu maha adil..
    Cma doakan Ana dan juga suami dikurniakan zuriat permata hati..
    Cma juga pernah melalui perkara sama yg Ana alami.. Alhamdulillah.. Bersabarlah kerana setiap dugaan Allah itu ada nikmatnya..

    selamat berblog.. :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Ana

    Insyaallah
    saya turut mendoakan hajat Ana tu...
    memiliki zuriat yg soleh dan sempurna zahir dan batin

    selamat datang ke dunia bloger

    salam ukhwah

    ReplyDelete
  5. sy doakan ana cepat dapat zuriat...pedulikan kata orang yg x memahami..yg penting kita happy dgn hidup kita....

    salam kenal..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum ana

    sentiasa berada dlm fitrahnya, yang pasti yakin berusaha, berdoa dan sentiasa berfikiran kearah positif

    masih ramai lagi yang ditimpa pelbagai masalah dan dugaan, itu tanda Allah pilih kita...

    yang pasti, kak jua alami kisah seperti kamu.......ketahuilah dia maha Kaya

    ReplyDelete
  7. bersabarlah ana... insyaALLAH ada rezeki buat ana nanti...

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum,insyAllah saya pon masih mancuba dan menanti

    ReplyDelete
  9. bersabar dan banyak berdoa, saya pernah lihat web ada yg jualan ebook soal kehamilan mungkin bisa menambah pengetahuan
    http://tipshamil.com/?ref=slamoke

    ReplyDelete